Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal)

Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal)

393 27 6

KHALEQ THAURI... Dia sudah selesai menjalani hukuman secara undang-undang tetapi bebanan berat terpaksa dia galas seumur hidup sebagai bekas penghuni tirai besi. Hakikat sebenar yang pahit untuk ditelan dan sukar untuk dinafikan. Semua orang kampung menjauhinya. Dirinya dipandang serong walaupun ketika dia sedang berjalan kaki. Rumahnya setiap malam sentiasa diawasi oleh orang kampung. Pinjam selipar masjid? Dikata Khaleq mencuri. Lembu dan kambing orang kampung hilang? Dikata Khaleq yang jual. Tong gas hilang? Pun Khaleq juga yang difitnah. "Kalau banduan tu bertaubat sekalipun, kejahatan yang dia buat tetap orang akan ingat. Jadi kau tak payah berpura-pura tunjuk baik nak pergi berjemaah di masjid sedangkan masa lalu kau, orang tetap akan ingat. Sepatutnya kau meringkuk dalam tu sampai mampus!" - DAIMNamun bagi Khaleq, kepulangannya kerana sebuah janji dan amanah yang tergalas di bahunya. Dia juga mencari dalang yang merancang pembunuhan Fudail dan Megat Zahrain. Tapi tak sangka kepulangannya turut menarik perhatian musuhnya."Orang tua tu tak tinggalkan apa-apa untuk kau? Lima tahun kau jadi anjing dia takkan dia tak bagi apa-apa? Paling tidak pun mesti dia bagi sesuatu yang berguna. Apa kata kau serahkan saja pada aku. Aku janji aku takkan kacau kau dah." - FAHMI"Aku... aku nak cari pembunuh Abang Megat. Anak angkat Fudail kata kau pembelot. Kau yang..." - ACAPKetika dia rasa hidupnya sepi, muncul seorang gadis bisu yang tinggal di depan rumahnya. Sikap lemah lembut NUR AMILIN membuatkan hati Khaleq sudah pandai menyulam rindu terhadap wanita itu. Biarpun Khaleq cuba membina tembok untuk menjarakkan hubungan antara mereka namun wanita itu tegar merobohkannya.Namun begitu, satu peristiwa yang telah berlaku terus mengubah kehidupan mereka seratus lapan puluh darjah. Topeng masquerade yang dipakai Nurul Amilin untuk menipu dan mengaburi Khaleq mula tertanggal.…

KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM (Bonus Bab Awal)

KAPTEN JANE: BINTANG LANGIT MALAM (Bonus Bab Awal)

1,024 39 8

Seorang langit. Seorang lagi laut. Bila dua dunia ni bertembung, tiba-tiba hati pula yang tak ikut SOP.Kapten Aysannur bukan calang-calang wanita. Juruterbang pejuang, tegas, dominan, dan keras kepala-semua sebab dia belajar untuk jadi kuat sejak kecil. Tapi kuat macam mana pun, bila impiannya ke pasukan elit bentala digagalkan oleh seorang tentera laut, dia hilang sabar.Lelaki itu?"By the way, aku Tazan-my call sign." - Raef "Tarzan? Yang bergayut atas pokok tu?"- AysannurItulah Left. Komander Raef Aarfan-lawan jadi tunang, tunang jadi teka-teki. Aysa tak pernah rancang nak jatuh cinta, tapi takdir tak pernah minta izin.Antara operasi rahsia, latihan bersama dan satu insiden cemas di Kepulauan Natuna... Aysa mula melihat sisi Raef yang dia tak sangka ada. Lembut di balik tegas. Setia di balik selamba."Aysannur, sudikah kau permudahkan urusan kita... dan validkan rasa aku?" - Raef Tapi cinta bukan senang bila masing-masing bertugas demi negara. Bila Aysa dipanggil ke Lubnan dan Raef pula dihantar ke medan, mereka diuji sekali lagi, antara tanggungjawab dan rasa, antara laut dan langit.Ini bukan sekadar cerita cinta tentera. Ini tentang dua insan yang belajar menerima, melepaskan dan memilih untuk tetap kembali... kepada satu sama lain.…

Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal)

Jingga Di Langit (Bonus Bab Awal)

271 15 5

KHALEQ THAURI... Dia sudah selesai menjalani hukuman secara undang-undang tetapi bebanan berat terpaksa dia galas seumur hidup sebagai bekas penghuni tirai besi. Hakikat sebenar yang pahit untuk ditelan dan sukar untuk dinafikan. Semua orang kampung menjauhinya. Dirinya dipandang serong walaupun ketika dia sedang berjalan kaki. Rumahnya setiap malam sentiasa diawasi oleh orang kampung. Pinjam selipar masjid? Dikata Khaleq mencuri. Lembu dan kambing orang kampung hilang? Dikata Khaleq yang jual. Tong gas hilang? Pun Khaleq juga yang difitnah. "Kalau banduan tu bertaubat sekalipun, kejahatan yang dia buat tetap orang akan ingat. Jadi kau tak payah berpura-pura tunjuk baik nak pergi berjemaah di masjid sedangkan masa lalu kau, orang tetap akan ingat. Sepatutnya kau meringkuk dalam tu sampai mampus!" - DAIMNamun bagi Khaleq, kepulangannya kerana sebuah janji dan amanah yang tergalas di bahunya. Dia juga mencari dalang yang merancang pembunuhan Fudail dan Megat Zahrain. Tapi tak sangka kepulangannya turut menarik perhatian musuhnya."Orang tua tu tak tinggalkan apa-apa untuk kau? Lima tahun kau jadi anjing dia takkan dia tak bagi apa-apa? Paling tidak pun mesti dia bagi sesuatu yang berguna. Apa kata kau serahkan saja pada aku. Aku janji aku takkan kacau kau dah." - FAHMI"Aku... aku nak cari pembunuh Abang Megat. Anak angkat Fudail kata kau pembelot. Kau yang..." - ACAPKetika dia rasa hidupnya sepi, muncul seorang gadis bisu yang tinggal di depan rumahnya. Sikap lemah lembut NUR AMILIN membuatkan hati Khaleq sudah pandai menyulam rindu terhadap wanita itu. Biarpun Khaleq cuba membina tembok untuk menjarakkan hubungan antara mereka namun wanita itu tegar merobohkannya.Namun begitu, satu peristiwa yang telah berlaku terus mengubah kehidupan mereka seratus lapan puluh darjah. Topeng masquerade yang dipakai Nurul Amilin untuk menipu dan mengaburi Khaleq mula tertanggal.…

Dia Menarik Perhatianku (Bab Percuma)

Dia Menarik Perhatianku (Bab Percuma)

473 17 5

Setelah lebih sepuluh tahun menetap di luar negara, Widad Warda akhirnya pulang ke Malaysia setelah menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kepulangannya disambut gembira oleh Pak Walid dan Mak Esah. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana Widad mula memeningkan kepala mereka apabila sering mengusik jiran sebelah-seorang lelaki pendiam bernama Atan yang penuh dengan misteri."Kalau tak ada orang nak kahwin dengan Widad, buat apa susah-susah nak cari, yang dekat sebelah rumah kan ada. Widad kahwin saja dengan Atan." - WIDAD"Jangan nak perasan sangat yang Atan tu setuju nak kahwin dengan kamu. Kamu tu bukan pilihan Atan la." - MAK ESAHBerbeza dengan larangan ibu bapanya, Widad nekad mendekati Atan meskipun lelaki itu sering melarikan diri. Sejak dulu lagi, aura misteri Atan membuatkan Widad semakin ingin tahu. Tidak cukup dengan itu, Widad dikejutkan pula oleh berita daripada adiknya, Wafiy, yang memberitahu bahawa Chempaka sedang cuba mengurat Atan. Ini kali kedua Widad dan Chempaka menyukai lelaki yang sama selepas Marzuki. Widad tidak mahu sejarah berulang, lalu tekad meluahkan perasaannya kepada Atan.…

Biar Berjuta Kali (Bab Percuma)

Biar Berjuta Kali (Bab Percuma)

489 6 6

Pengkhianatan paling menyakitkan adalah bila ia datang daripada orang yang paling dipercayai.Fiqa tak pernah menyangka, Tasya-sahabat baiknya-akan menikamnya dari belakang. Ketika dia di luar negara, Tasya dan Dr. Saif, tunangnya, menjalinkan cinta terlarang. Lebih mengejutkan, mereka berkahwin tanpa rasa bersalah, meninggalkan Fiqa terkapar-kapar dengan hati yang remuk."Dari dulu I curiga kat perempuan tu, tapi you selalu cakap, dia kawan jugak dengan Dr. Saif tu. You percaya sangat kat dia. Sekarang, you tengok apa yang kawan baik sendiri buat kat you, Fiqa." - AdilaMelarikan diri ke Jakarta adalah satu-satunya pilihan Fiqa. Namun, bayangan masa lalu tetap menghantui langkahnya. Di kota itu, Rizky-lelaki berkarisma yang penuh rahsia-mula mencuri perhatian Fiqa. Tanpa disedari, Rizky menjadi bahu tempat Fiqa meluahkan kesedihannya."Saya ke rooftop ni, di sini tempat yang paling tenang dan damai bagi saya... Saya lihat kamu menangis..." - RIZKY"Ma... maafkan saya, Encik Rizky." - FIQA"Afiqa, kita bukan di kantor atau dalam urusan kerja. Panggil saja saya Rizky." - RIZKYNamun, kepulangan Fiqa ke Malaysia membuka kembali luka lama. Tasya muncul semula di hadapannya dan Dr. Saif kembali mengejarnya dengan rasa kesal dan penyesalan yang tak berpenghujung. Hati Fiqa terus bergolak-antara masa lalu yang penuh luka dan masa depan yang mungkin membawa kebahagiaan.Mampukah Fiqa melepaskan semua kenangan pahit dan memberi peluang untuk kebahagiaan baru? Atau episod derita ini akan terus berulang... biar berjuta kali?Selami kisah cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tak pernah padam dalam BIAR BERJUTA KALI.…

Luruh (Bab Percuma)

Luruh (Bab Percuma)

647 27 6

WALAU hilang segalanya... Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan. Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya... Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut. Patah. Terhempas. Lebur. Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir. "Kau tekad nak teruskan business ni? Yang rugi nanti... kau. Kau akan hilang segalanya..."-MALIKI"Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan..." - DANEENDaneen kalah. Maliki berjaya memasung kedua-dua kaki dan tangannya. Membenarkan Maliki menakluknya adalah sesuatu yang tidak pernah dia rela tapi jika ini muslihat terakhir permainan, Daneen terima. Dia perlu menang satu hari nanti. Maliki nekad melindungi dan menyayangi. Tapi, Daneen pergi tanpa dapat dikesan. Maliki panasaran. Dia kecewa kerana Daneen tidak beri waktu untuk dia tunaikan segala janji. Tujuh tahun Daneen berjuang demi keadilan. Tujuh tahun Maliki bertahan kerana rindu dan setia. Mereka teguh demi janji masing-masing yang tak pernah tertunaikan. Namun, sekali lagi Daneen dikhianati oleh mereka yang dia percaya saat Maliki muncul di depan mata. "Jauhi aku! Atau kau akan musnah!" - DANEEN"Daneen dah musnahkan abang sejak tujuh tahun lalu..." - MALIKIIndahnya luahan cinta Maliki tidak pernah dapat menimbulkan rasa pada hati yang telah lama karam dalam darah yang masih mengalir. Cukuplah Dareeyan; yang Tuhan hantar saat dia berputus asa. Bila ayah ada, kepingan bahagianya akan lengkap.…

Noktah (Bab Percuma)

Noktah (Bab Percuma)

522 20 6

Gadis itu adalah penawar yang beracun.Lelaki itu adalah kekuatan yang melemahkan. Naihara lemas dalam air mata.Haq terbakar dalam kecewa.Yang lemas perlu ditarik ke tepian. Yang terbakar harus dipadamkan. Atau mereka sekadar membiarkan yang lemas tenggelam ke dasar dan melihat yang terbakar menjadi abu."Mungkin bahagia itu akan datang setelah saya mati..." - NAIHARA"Dan aku akan ikut sama untuk pastikan kau terus menderita..." - HAQ…

Derana (Bab Percuma)

Derana (Bab Percuma)

276 16 6

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh.Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan. "Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah.""Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu pula tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?"Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa. Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kumpulan Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan?"Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut."Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam. Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh suka duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya."Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?"- Marsha AdlinaAdakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?…

Kau Bicara Tentang Cinta (Free Chapter)

Kau Bicara Tentang Cinta (Free Chapter)

2,315 62 15

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya? Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya? "Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?" - Bunyamin"Kami hanya bersembang kosong." - Sera Nur"Tak ada tentang saya? Tentang kita?" - BunyaminIroninya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan. "You're my wife, Sera Nur. I'm going to keep you by my side forever..." - Bunyamin"Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?" - Sera NurMereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.…

Life Savior (Free Chapter)

Life Savior (Free Chapter)

1,388 66 17

Zulaikha, atau Diva Zula, pernah bersumpah tidak memerlukan bantuan sesiapa, termasuk Luqman, lelaki yang dianggapnya musuh. Ironinya, Luqman sentiasa hadir tanpa diminta, terutama ketika hidup Zulaikha dilanda masalah. Amal, lelaki yang menyimpan cinta mendalam terhadapnya, juga tetap setia walaupun cintanya tidak berbalas. Dunia Zulaikha berubah kelam apabila keluarganya terkorban dalam kemalangan tragis. Dalam kedukaan itu, dia bertemu semula dengan Luqman dalam situasi tidak dijangka-kerana seekor kambing. Pertemuan demi pertemuan yang penuh sindiran dan jenaka mempertemukan dua hati, walau mereka tidak pernah mengakuinya.Dua tahun berlalu, Amal tetap menanti dengan harapan, namun takdir terus menguji Zulaikha. Dia dipersalahkan sebagai pembawa malang, dan beban itu hampir menghancurkan jiwanya. Di saat paling gelap, Luqman sekali lagi muncul. Kata-kata yang penuh makna dan pandangan yang sarat emosi daripada Luqman menyentuh hati Zulaikha yang selama ini terluka.Akhirnya, air mata yang lama dipendam jatuh juga. Dalam kegelapan hidupnya, adakah Luqman sentiasa menjadi penyelamat yang setia? Atau adakah takdir punya rencana lain untuk Zulaikha?…

Lamaran Buat Jelita (Free Chapter)

Lamaran Buat Jelita (Free Chapter)

1,166 51 18

JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya. "Abah nak Jelita tinggal di Kairo."Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya. "Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon... lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita." Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu. MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah. "Apa susah... nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi... dah kerja kut masa tu." RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan 'kabel' yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah."Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain."PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola. "Aku pun mahal macam Jelita." Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.…

Manis Tentang Kita (Free Chapter)

Manis Tentang Kita (Free Chapter)

1,612 65 15

"S... saya pun nak sembang kejap aje. Awak masuklah. Urmm... Kejap... Saya nak..." Rayyan putus kata-kata. Gugup gila. Jasmine pelik, lalu bertanya dengan nada tinggi.JIRAN tall, dark, handsome tetapi acah pemalu itu menjadi penawar rindu Jasmine kepada ibunya di kampung serta penenangnya kala dia selalu diperlekehkan oleh bosnya yang ego tetapi kacak gila itu. Jasmine terpaksa tinggalkan ibunya sendirian di kampung demi cita-cita dengan janji kepada ibunya yang dia akan selalu balik kampung. Tetapi trauma Firaz dengan pekerja wanita, menyebabkan dia menekan sehabis-habis kudrat Jasmine untuk mencapai jualan tertinggi hingga Jasmine tak dapat balik kampung. Namun, sikap Jasmine yang selamba, kelakar dan hati keras itu sikit demi sedikit mencairkan gunung ego Firaz.Tetapi Rayyan, tak semudah itu mahu mengalah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bos buah hatinya itu terlibat dengan jenayah dan sanggup buat apa sahaja untuk memiliki Jasmine. Rayyan tak mahu Jasmine terus menjadi mangsa pergolakan keluarga Firaz yang tamak dan penuh dendam itu. Malah Rayyan yang gigih memberi dorongan tatkala Jasmine kemurungan tak dapat terima hakikat ibunya meninggal dunia."Awak tak faham rasa hidup yang dah tak ada siapa-siapa lagi ni. Hidup saya kosong! - Jasmine."Awak ada saya!" Rayyan."Terimalah hakikat ni Min. Biar apa pun yang sudah berlaku, awak perlu teruskan hidup. Kalau awak rindukan mak awak, peluklah saya.""Apa? Cakap sekali lagi?"Tapi bukan mudah untuk Jasmine larikan diri daripada Firaz. Dia cuba fahami lelaki yang penuh kisah sedih itu. Dia mahu membantu tetapi bukan sebagai kekasih atau isteri. Biarpun berulang kali Firaz melamar dan menggodanya. Farida juga tak akan biarkan adiknya, Firaz bahagia kerana punya niat buruk.Jasmine dilemma, pengorbanan bagaimana perlu dia lakukan untuk bahagiakan semua orang?…

Taman Rahsia Khadijah

Taman Rahsia Khadijah

489 10 16

Angker dari mula, tugasan penulisan biografi seorang jutawan bernama Dhul Fiqar seakan memerangkap Aki Maylea. Hatinya penuh debar, emosinya dikacau seorang jejaka berkaca mata hitam. Sesi temu ramah yang tegang, Dhul Fiqar yang dingin dan seringkali muncul tanpa diundang, Aki Maylea sepertinya terburu dek drakula. "Muncul bila kau mahu. Dua minggu tanpa khabar. Kemudian muncul menolong aku. Selepas itu berperangai dingin, seperti tidak suka. Beri aku bunga. Ini...ada yang tak kena." - Aki Maylea "Maafkan aku Aki. Tapi aku tidak dapat berjauhan dengan kau lagi" - Dhul Fiqar. Dhul Fiqar melihat Aki Maylea sebagai seseorang yang pernah dicintai. Begitupun Aki Maylea dirasuk obsesi misteri kematian Orkid Khadijah, isteri Dhul Fiqar. Demi fail kes jahanam itu, dia membantu Detektif Megat dalam penyiasatan kes perempuan hilang di kota. "Kalau kau benar Aki, kes ini memang saling berkait antara satu sama lain." - Detektif Megat "Kehilangan mereka ini terancang. Kau sedang mengejar seorang pemangsa." - Aki MayleaTingkahnya memakan diri sejurus membelakangi Dhul Fiqar. Kes Taman Rahsia Khadijah memburu Aki berserta penemuan aneh di rumah ladang milik Dhul Fiqar di pedalaman. Salangkan yang menjadi mangsa adalah Dhul Fiqar. Aki Maylea rimpuh. Di mata Dhul Fiqar dialah seorang penyihir yang menyembunyikan magis di tangan yang bersarung hitam. Sepertinya ada tangan yang tidak kelihatan menjatuhkan Aki Maylea dan Dhul Fiqar ke jerangkap yang sama. Ada seseorang yang meraikan kekejaman dan menyorok rupa dalam kegelapan. Yang terlihat seorang namun berdampingan. Yang dibutakan adalah Aki Maylea. Apa nasibnya perempuan-perempuan yang hilang tanpa diketahui pangkal cerita mereka? Apa kebutaan ini akan menuntun Aki Maylea dan Dhul Fiqar keluar daripada jelik kegelapan yang menjebak mereka di Taman Rahsia Khadijah?…

Anak Perempuan Dato' Pengarah

Anak Perempuan Dato' Pengarah

10,672 485 15

Anak Perempuan Dato' Pengarah…

Terindah Pernah Ada

Terindah Pernah Ada

1,499 73 16

ANGKUH! Sentiasa mendongak ke langit tanpa pedulikan perasaan orang lain. Dengan penampilan serba hitam seperti burung gagak, bibir turut dioles dengan lipstik rona gelap, sekali pandang memang tak berkenan dek hati. Miss Gothik gelaran yang diberi oleh orang sekeliling. Namun siapa sangka di luar nampak keras tetapi hati di dalam sangat fragile. Kerana kurang kasih sayang sejak kecil, ditambah dengan peristiwa ditinggalkan sehari sebelum majlis pernikahan, IFTINAN berubah untuk nampak kuat di mata semua orang. Lantaran sikapnya yang tiada perasaan, setiausahanya sering bertukar ganti. Kali ini dia perlukan seseorang yang menepati cita rasanya."Kalau boleh I nak lelaki yang solo rider. Boleh ikut I ke mana saja tanpa alasan dan kerenah. Seseorang yang boleh terima arahan dan buat kerja dengan cekap. Mesti cepat belajar juga. I tak suka yang ada rupa tapi otak kosong. Faham?" - IFTINAN'Aduh... Kenapa aku rasa lain macam ni? Psiko ke dia ni? Dia cari secretary atau jantan simpanan?' - IYYADHidayad Mifhdal, lelaki yang cukup simple. Yang simple itulah mampu menggoyah hati wanita yang dibencinya. Pertemuan pertama dengan Iftinan mengheretnya ke dalam selautan rasa benci dan meluat. Ugutan demi ugutan memaksanya terus kekal dan setia bersama wanita yang digelar lanun itu!"Puan ke lanun... Errr, maksud saya puan ke yang langgar motor Honda saya?" - IYYAD"Oh, finally you ingat I, pretty boy from Mars. I la lanun yang langgar motor buruk you tu. Muka you masih sama... macam skink!" - IFTINANHati yang keras itu semakin lembut apabila Iftinan menempuh pelbagai peristiwa bersama Iyyad. Rasa benci yang lama bersarang luruh menyembah bumi. Perlahan-lahan hubungan yang dingin itu mula bertukar rentak tarinya. Tanpa sedar dia sudah menyerahkan hati kepada lanun yang sebenarnya. Mampukah dia sambut cinta baru itu?…

Pergilah Sayang

Pergilah Sayang

2,378 104 15

Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis."Maafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang."Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain. Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa. Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah."Terima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang." - Fatihah"Simpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya." - Mustaza"Masalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai." - Fatihah"Saya nak nombor telefon awak sebenarnya." - Mustaza"Kan senang bagi tau awal-awal." - Fatihah Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia. "Sayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan dalam hati abang hanya ada Tihah seorang."Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?…

Tiada Noktah Cinta

Tiada Noktah Cinta

1,115 30 15

Tiada Noktah Cinta.…

Lelaki Astatine

Lelaki Astatine

8,189 211 16

"Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya". - ESHAL ELZAHRAItulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis. "Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?"- ARDEAN TUFAILItu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis. Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen."Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only." - ARDEAN TUFAILDetik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi lebih rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya. "Allow me to make you happy, allow yourself to be happy."- ARDEAN TUFAILArdean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal. "Awak akan menyesal, Ardean!" - ESHAL ELZAHRADan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia, tak akan pernah mengalah! Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik."Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat."…

AKSARA

AKSARA

941 26 16

Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta? "Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?" - Embun Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis bermata hazel dengan tompok abu-abu itu memicu pendekatan di antara mereka. Daripada salah faham yang besar, mereka menjadi tempat bersandar untuk satu sama lain. Sayangnya, Embun tidak dapat melihat dan Arjuna pula tidak dapat bersuara; menjadikan perasaan yang kian membuak tiada cara untuk dilafaz kepada satu sama lain. Yang mereka ada, hanyalah bunyi ketukan yang maksudnya sering kali samar-samar. "Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. Memandangkan saya tak dapat bersuara dan awak tak dapat melihat: saya suka awak, Embun. Sangat." - Arjuna Nara Bila hati mula mengenali 'rumahnya', rahsia masa lalu terkuak, membawa kekecewaan dan pelarian Arjuna. Dalam perjalanan yang penuh tipu daya, perasaan benci muncul, menciptakan jurang di antara cinta dan keluarga. Akankah jurang itu tertutup semula atau... mungkinkah ini satu lagi kisah cinta pertama yang selamanya akan ada tempatnya dalam hati, tetapi hilang tempatnya dalam hidup?…

Panahan Matamu

Panahan Matamu

891 40 15

FARAH DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori 'terlebih'. Sebab itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah dengan sikap anak ketiganya itu.Disebabkan sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya terlalu obses dengan seseorang berpangkat doktor. Sudahlah anak dipaksa menjadi doktor, calon menantu pun haruslah berpangkat doktor juga.Siapa sangka kemunculan Jazli a.k.a Doktor Jazli membuatkan impian Puan Dariah seakan-akan tercapai. Dan bonus bagi Puan Dariah, rupa-rupanya Jazli ialah rakan baik Dina ketika zaman sekolah."Panahan matamu tetap sama macam dulu! Hati ni terus cair." - JAZLIPersahabatan mereka terjalin sekali lagi. Bagi Jazli, dia menyimpan rasa terhadap Dina. Cuma dia takut meluahkan perasaannya kerana sayangkan persahabatan mereka. Namun kemunculan Ciara, bekas tunang Jazli menghuru-harakan hidup dan perasaan mereka. Bukan itu sahaja, Aidan tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Dina sekali gus mengganggu emosi Dina."Apa niat you sebenarnya nak hantar rombongan meminang ke rumah I?" - DINA"Simple saja! Nak pinang you la." - AIDAN"You ingat I ni bodoh sangat nak percaya cakap you, hah? I kenal you siapa, Aidan! Lelaki macam you penuh dengan tipu muslihat. You ingat you boleh kenakan I dengan cara begini?" - DINAHidup Dina menjadi huru-hara sehingga nyawanya berkali-kali terancam akibat orang di sekelilingnya yang 'menggila'. Masalah dalam keluarganya turut mengganggu hidupnya. Dan yang penting, perlukah hubungan persahabatan ditukar kepada cinta?…